Permainan hoki
1.0 Pengenalan
2.0 Peralatan Sukan
2.1 Padang Hoki
2.2 Pintu Gol
2.3 Bola Hoki
2.4 Kayu Hoki
2.5 Alatan Penjaga Gol
2.6 Kasut Hoki
3.0 Cara Bermain
3.1
Pengadilan (Isyarat Pengadilan)
3.2
Kemahiran Asas
3.2.1
Menggelecek
Menggelecek
adalah cara mengawal bola bergerak. Ia digunakan untuk melepaskan
diri dengan bola apabila dikawal oleh pihak lawan. Terdapat 3 cara
mengelecek iaitu:-
(a)
Mengelecek longgar
Kemahiran
ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat bagi
tujuan untuk melepaskan diri daripada pihak lawan dan memiliki bola
sambil bergerak.
(b)
Menggelecek rapat
Kemahiran ini digunakan apabila pemain hedak mengawal bola dengan rapi terutamanya apabila pemain tidak dapat memastikan situasi bola semasa bermain sama ada selamat atau tidak semasa bermain.
(c)
Menggelecek "Indian"
Digunakan
apabila pemain hendak menukar arah dari kanan ke kiri atau sebaliknya dan
dengan cara ini pemain dapat melepaskan diri daripada pihak lawan.
CARA
BERMAIN DAN UNDANG-UNDANG HOKI
CARA BERMAIN DAN UNDANG-UNDANG HOKI
Setiap guru pelatih perlu mengetahui
cara bermain dan peraturan asas yang betul supaya mendapat kepuasan dan
keseronokan ketika didedahkan dengan permainan ini.
3.1
PERATURAN ASAS
Setiap permainan mempunyai peraturan
asasnya yang tersendiri. Demikianlah juga sukan hoki. Antara
peraturan-peraturan asas yang perlu dititikberatkan ialah:
i) Komposisi pasukan
- Setiap perlawanan mempunyai 2 buah
pasukan yang berentap.
- Setiap pasukan mempunyai 11 orang
ahli.
- Pemain boleh diganti, tetapi tidak
melebihi 11 orang dalam suatu masa.
- Penjaga gol perlu ada dalam setiap
masa perlawanan, dan sekiranya tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol
yang lain.
- Jika penjaga gol diarah keluar oleh
pengadil, maka salah seorang pemain di atas padang perlulah menggantikan
penjaga gol tersebut dan pasukan tersebut perlu bermain dengan kekuatan 10
orang satu pasukan.
ii) Mengganti pemain
- Setiap pasukan dibenarkan untuk
menggantikan pemain berdasarkan 16 orang pemain yang telah dinamakan.
- Gantian pemain boleh dilakukan pada
bila-bila masa kecuali pada sudut penalti yang diambil.
- Gantian pemain dari luar tidak
dibenarkan sekiranya terdapat pemain yang dihukum keluar.
- Selepas hukuman sementara, pemain
tersebut boleh diganti tanpa memasuki padang.
- Pemain boleh digantikan pada
bila-bila masa tetapi permainan tidak akan dihentikan untuk menggantikan
pemain. Namun, permainan akan diberhentikan sekiranya ingin menggantikan
penjaga gol.
- Pemain yang diganti hendaklah
masuk/keluar berhampiran garisan tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk/keluar
melalui garisan belakang.
iii) Ketua pasukan
- Setiap pasukan hendaklah mempunyai
seorang ketua pasukan atau kapten dalam kalangan mereka.
- Jika kapten terpaksa keluar
disebabkan oleh cedera atau dihukum, maka pemain lain perlulah menggantikan
tempatnya sebagai kapten.
- Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan
pemain dan memastikan gantian pemain dibuat dengan betul.
iv) Pakaian dan peralatan pemain
- Setiap pasukan perlulah memakai
pakaian yang seragam berlainan dengan pasukan lawan.
- Pakaian penjaga gol perlulah
berlainan daripada ahli pasukan sendiri dan pasukan lawan.
- Perlindungan kepala adalah wajib
bagi setiap penjaga gol kecuali apabila menghadapi penalty stroke.
- Lain-lain, rujuk 2.0.
v) Perlawanan dan keputusannya
- Setiap perlawanan dibahagikan kepada
dua separuh masa, dimana 35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa.
- Waktu rehat yang diberikan hanyalah
lima minit. Masa rehat tambahan perlulah mendapat persetujuan kedua-dua
pihak.
- Pasukan yang menjaringkan banyak gol
dikira sebagai pemenang.
- Jika kedua-dua pasukan gagal
menjaringkan gol atau menjaring bilangan gol yang sama, maka mereka dianggap
sebagai seri.
vi) Permulaan permainan
- Kedua-dua kapten pasukan boleh
memilih sama ada mahu memulakan permainan dahulu atau memilih gol yang hendak
diserang.
- Pada separuh masa kedua, pilihan
kapten ditukar.
- Permainan dimulakan dengan hantaran
tengah.
- Hantaran tengah dilakukan pada
setiap kali memulakan perlawanan sama ada pada awal separuh masa atau selepas
gol dijaringkan.
- Sekiranya gol dijaringkan, pasukan
yang melepaskan gol membuat hantaran tengah.
- Ciri-ciri hantaran tengah:
- dilakukan di tengah padang
- bola boleh dihantar ke mana-mana
arah, namun tidak kepada pemain yang lakukan hantaran tersebut.
- apabila pengadil menghentikan
perlawanan, permainan mula semula dengan lakuan buli.
- selepas penalty stroke yang
gagal dijaringkan, permainan mula semula dengan pukulan 15 meter.
vii) Kelakuan, aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan
- Bermain bola dengan back
stick
- Terlibat dalam permainan tanpa kayu
hoki di tangan.
- Menggunakan kayu hoki secara
agresif, berbahaya atau mengangkat tinggi kayu hoki.
- Menyentuh, memegang atau menangkap
kayu atau pakaian lawan.
- Bola tidak boleh diudarakan daripada
pukulan kecuali untuk menjaringkan gol.
- Kayu hoki lebih tinggi daripada
paras bahu.
- Pemain lebih dekat dari lima meter
daripada pihak lawan yang sedang menerima bola tinggi. Namun pemain
berkenaan boleh menghampiri pihak lawan selepas bola itu diterima dan dikawal
di atas padang.
- Penyerang memasuki gol lawan dengan
sengaja semasa mereka menahan gol.
- Pemain menukar kayu hoki dengan
sengaja ketika hendak melakukan pukulan sudut atau penalti.
- Membuang masa dengan sengaja.
- Menghalang pemain.
- Menahan, menyepak, menyentuh atau
mengangkat bola dengan mana-mana bahagian badan.
- Menyentuh atau menghalang pemain
semasa merebut bola.
- Membuang alat atau benda ke dalam
padang ke arah bola pemain atau pengadil.
- Penjaga gol baring di atas bola.
- Penjaga gol bermain tanpa alat keselamatan.
- Penjaga gol menyentuh bola di luar
kawasan dengan tangan, kaki atau mana-mana bahagian badan
Comments
Post a Comment