Posts

Permainan hoki

Image
  PERMAINAN HOKI 1.0   Pengenalan         Hoki merupakan permainan popular dunia yang mula dikenali di peringkat antarabangsa pada tahun 1980-an dan telah menjadi sukan demontrasi Sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris. Hoki telah dipertandingkan di Sukan Olimpik secara terbuka pada tahun 1928 yang diadakan di Amsterdam. Selepas satu dekad sukan hoki diperkenalkan sebagai sukan antarabangsa, banyak perubahan yang dilakukan dalam peraturan permainan, gaya bermain dan alatan hoki tanpa mengubah bentuk asal ciri-ciri permainan.         Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang menarik iaitu bukti pertama menunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang 400 ribu tahun yang lalu. Salah satu dindng makam Bani Hassan di Mesir yang dibina sekitar 2000 tahun S.M, menujukkan sebuah lukisan yang menggambarkan dua orang yang melakukan buli seperti dalam permainan hoki. Seterusnya, sekitar tahun 500 S.M dipercayai hoki telah wujud di Paris, Greece dan Rome berdasarkan arca dinding yang te